Followers

Wednesday, August 15, 2018

RESEPI MUDAH KERABU TAUGE KERANG

RESEPI MUDAH KERABU TAUGE KAK SIS


Bahan-bahan 
  • 200g taugeh
  • 2 SB jus limau nipis
  • kerang (direbus dan dibuang kulit)
  • 3 SB santan 
  • garam gula secukup rasa 
  • 5 ulas bawang merah {dihiris}
  • 2 batang serai {dihiris}
  • 1 inci halia {dihiris}
  • 2 SB kerisik [ditumbuk]
  • 3 biji cili merah [ditumbuk]
  • belacan [ditumbuk]
  • air asam jawa 

Cara Membuat 
  1. Celur taugeh dalam air panas dan tos
  2. Masukkan taugeh yang dicelur kedalam mangkuk dan gaul dengan bahan yang dihiris {}
  3. Kemudian masukkan bahan ditumbuk, letakkan kerang dan gaul sehingga sebati
  4. Akhir sekali, masukkan santan,jus limau nipis, garam gula secukup rasa,cili merah, gaul lagi sehingga mesra.
*kak sis tambahkan tomato dan sedikit bawang besar*



kak sis bukan penggemar kerang so kak sis letak sikit je kerang hehehe
selamat mencuba resepi mudah ini 😁

















No comments:

Post a Comment

Hans Ayam Masak Thai Sedap Dan Mudah

Hans Ayam Masak Thai Seeedaaaapppp Asyik menu yang sama ja kan ?  Haaaaa kalini kita cuba menu baru hehe.. mudah ja Jom...