Followers

Sunday, November 18, 2018

Hans Ayam Masak Thai Sedap Dan Mudah






Hans Ayam Masak Thai Seeedaaaapppp

Asyik menu yang sama ja kan ? 
Haaaaa kalini kita cuba menu baru hehe.. mudah ja
Jom, kita main masak-masak 😁 !

Bahan-bahan :
1) ayam yang digoreng 
2) cabai besar 
3) bawang putih 
4) bawang besar 
5) serai 
6) daun limau perut 
7) sos tiram 
8) sos ikan
9) ibu kunyit 

Cara-caranya :
  • goreng ayam yang digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak
  • kisar cabai besar, bawang putih dan ibu kunyit 2 inci 
  • tumis serai diketuk dan potongan bawang besar / bawang holland
  • bila bawang dah layu,masukkan bahan kisar ( cabai besar&bawang putih&ibu kunyit)
  • kacau hingga naik minyak
  • bila sudah naik minyak masukkan ayam didalam kuali
  • gaul rata 
  • masukkan daun limau perut, naikkan aroma yang enak 
  • masukkan sedikit sos tiram 
  • masukkan sedikit sos ikan 
  • sediaaaaaaa untuk dihidangkan 
       * kalau suka pedas boleh campurkan dengan cilibo*

selamat mencuba 😋

      

















Wednesday, August 15, 2018

RESEPI MUDAH KERABU TAUGE KERANG

RESEPI MUDAH KERABU TAUGE KAK SIS


Bahan-bahan 
  • 200g taugeh
  • 2 SB jus limau nipis
  • kerang (direbus dan dibuang kulit)
  • 3 SB santan 
  • garam gula secukup rasa 
  • 5 ulas bawang merah {dihiris}
  • 2 batang serai {dihiris}
  • 1 inci halia {dihiris}
  • 2 SB kerisik [ditumbuk]
  • 3 biji cili merah [ditumbuk]
  • belacan [ditumbuk]
  • air asam jawa 

Cara Membuat 
  1. Celur taugeh dalam air panas dan tos
  2. Masukkan taugeh yang dicelur kedalam mangkuk dan gaul dengan bahan yang dihiris {}
  3. Kemudian masukkan bahan ditumbuk, letakkan kerang dan gaul sehingga sebati
  4. Akhir sekali, masukkan santan,jus limau nipis, garam gula secukup rasa,cili merah, gaul lagi sehingga mesra.
*kak sis tambahkan tomato dan sedikit bawang besar*



kak sis bukan penggemar kerang so kak sis letak sikit je kerang hehehe
selamat mencuba resepi mudah ini 😁

















Friday, August 3, 2018

Ayam goreng berempah

AYAM GORENG BEREMPAH KAK SIS 



BAHAN-BAHAN


  • AYAM (DIPOTONG KECIL)
  • SERBUK CABAI
  • BAWANG BESAR (YANG DIKISAR)
  • BAWANG PUTIH (YANG DIKISAR)
  • HALIA (YANG DIKISAR)
  • SERBUK JINTAN MANIS
  • SERBUK KETUMBAR
  • DAUN KARI
  • GARAM SECUKUP RASA 
CARA-CARA







  1. OK GAISS, FIRST KORANG CAMPURKAN SEMUA BAHAN YANG DIKISAR TADI (BAWANG BESAR , BAWANG PUTIH, HALIA ) DENGAN AYAM '
  2. MASUKKAN CILI GGILING , SERBUK KETUMBAR , SERBUK JINTAN MANIS ,GARAM SECUKUP RASA DAN PALING PENTING GAIS DAUN KARI ! HIHIHI
  3. GAULKAN SEMUA TU DENGAN AYAM HINGGA SEBATI DAN PERAP SELAMA 30 MINIT , KALAU NAK LAGI UMPHHH! KORANG PERAP 2 - 3 JAM KA LAGI SEDAP . 
  4. PANASKAN MINYAK , DAN GORENG SEMUA AYAM SEHINGGA MASAK DAN GARING . P/S MAKE SURE KORANG BAGI MINYAK TU PANAS MENDIDIH NANTI LAGI CEPAT AYAM MASAK :)
  5. TADAAAA! SIAP UTK DIMAKAN BERSAMA SEKELUARGA :) 



Sunday, July 29, 2018

SAMBAL UDANG PETAI KAK SIS


SAMBAL UDANG PETAI KAK SIS 












BAHAN-BAHAN:
  • CILI YANG DIKISAR {CILI KERING,BAWANG BESAR,BAWANG PUTIH}
  • PETAI 
  • UDANG 
  • GULA GARAM SECUKUP RASA 
  • GULA GEREK (GULA MELAKA)
  • SEDIKIT AIR
  • ASAM KEPING 
  • AIR ASAM JAWA SEDIKIT 

CARA-CARANYA :
  1. PANASKAN KUALI, DAN MASUKKAN BAHAN YANG DIKISAR {BIAR BETUL2 CABAI MASAK}
  2. KEMUDIAN MASUKKAN GULA GARAM SECUKUP RASA BERSAMA DENGAN ASAM KEPING
  3. SELEPAS 10/15 MINIT MASUKKAN GULA GEREK DAN SEDIKIT AIR ASAM JAWA
  4. MASUKKAN PETAI 
  5. AKHIR SEKALI MASUKKAN UDANG 

 BIAR SAMBAL BETUL2 MASAK

HASILNYA HEHE SELAMAT MENCUBA 













Friday, July 27, 2018

Gulai Udang Siam Kak Sis

GULAI UDANG SIAM KAK SIS 


        Bahan-bahannya : 
  • udang 
  • santan 
  • terung pipit
  • tomato, cabai besar
  • gula garam secukup rasa 
  • daun limau perut 
  • air jus limau nipis 
  • 3 ulas bawang besar *kisar*
  • 7 ulas bawang putih *kisar*
  • 2 inci halia *kisar*
  • 1 inci lengkuas *kisar*
  • cili kering *kisar*
  • 3 inci kunyit hidup *kisar*

Cara-caranya:
  1. Masukkan bahan kisar kedalam periuk
  2. kak sis masukkan santan dan kacau perlahan-lahan 
  3. Kemudian kak sis masukkan pulak  terung pipit dan kacau hingga mendidih 
  4. Masukkan daun limau perut, garam gula secukup rasa dan 2 minit lepastu kak sis masukkan  air limau nipis,tomato,cabai besar,bawang besar.kacau perlahan 
  5. Bila mendidih, kak sis masukkan udang dan sesuaikan rasa.
  6. Sedia dihidangkan hehe 

selamat mencuba 

















Sunday, July 22, 2018

RESEPI MUDAH SIS SAMBAL IKAN KAYU (TONGKOL)


 RESEPI SAMBAL IKAN KAYU (TONGKOL)


BAHAN-BAHAN

  1. 3 ULAS BAWANG PUTIH 
  2. 1 LABU BAWANG BESAR
  3. SEGENGGAM CILI KERING ( CILI KERING HARUSLAH DIREBUS SELAMA 15 MINIT)
  4. KICAP MANIS ( KAK SIS SUKA GUNA KICAP KIPAS UDANG HIHIHI )
  5. GULA , GARAM  SECUKUP RASA 
  6. BUAH TOMATO (UNTUK HIASAN SAJA HIHIHI
  7. IKAN TONGKOL 




CARA-CARA MEMASAK
  1. OKAY SEMUA FIRST GORENG IKAN DULU TAU JANGAN LUPAA HAHAHA
  2. KISARKAN BAWANG BESAR , CILI KERING DAN BAWANG PUTIH 
  3. PANASKAN MINYAK DALAM KUALI TAU... 
  4. BILA MINYAK SUDAH PANAS , MASUKKAN BAHAN YANG DIKISARKAN TADI ,
  5. MASAK DALAM 15 MINIT LEPASTU MASUKKAN SEDIKIT AIR ASAM JAWA , SEKEPING ASAM GELUGOR ( YANG KECIL SAJA TAU ) , GULA , GARAM SECUKUP RASA DAN KICAP MANIS SEDIKIT
  6. DALAM 5 MINIT MASUKKAN IKAN KE DALAM KUAH DAN SIAPPPP! 


TADAAA!!! DAH SIAP SEMUA , SELAMAT MENCUBA :)



Saturday, July 21, 2018

SAMBAL AYAM KAK SIS

SAMBAL AYAM KAK SIS



 


BAHAN-BAHAN:
  1. AYAM 
  2. CILI KISAR (SIKIT JA CILI KISAR)
  3. BUAH KERAS 
  4. 4/5 BATANG SERAI 
  5. TOMATO
  6. 4 INCI HALIA 
  7. GULA GARAM SECUKUP RASA 
  8. CABAI BESAR ( KAK SIS LEBIHKAN CABAI BESAR)
  9. ASAM KEPING 

CARA-CARA
  1. First korang gorengkan ayam dan jangan terlampau garing , agar tidak hilang jus ayam tu..
  2. Kisarkan buah keras , serai tomato dan halia 
  3. Korang panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar ke dalam kuali bersama cili kisar.
  4. Kak sis masak dengan api yang perlahan dalam 15 minit , sambil menunggu sis potong sayur sambil tengok youtube hihihi 
  5. Ok lepastu masukkan gula garam secukup rasa. kalau korang nak lagi uhmm..HAHAHA korang tambahkan sikit sos cili kalau nak lagi sedap . kak sis kadang-kadang letak , kadang-kadang tak letak hihihihi
  6. masukkan ayam yang telah digoreng sebentar tadi ke dalam kuali dan biarkan selama 5atau 7 minit dan siapppppp! untuk dihidang dan dimakan bersama keluarga hihi



TADAAAAA!!! SELAMAT MENCUBA :)













Hans Ayam Masak Thai Sedap Dan Mudah

Hans Ayam Masak Thai Seeedaaaapppp Asyik menu yang sama ja kan ?  Haaaaa kalini kita cuba menu baru hehe.. mudah ja Jom...